Penyamar sebagai pemberi pinjaman wang sah dan meminta maklumat peribadi atau bayaran pendahuluan.
Bagaimana Scam Pinjaman Berlaku?
Beginilah caranya.
Contoh scammer menggunakan iklan pinjaman palsu untuk memperdayakan mangsa.
1
Scammer kerap menjalankan aktiviti scam menggunakan iklan-iklan di laman web, media sosial, e-mel, dan mesej.
2
Scammer akan menyamar sebagai pemberi pinjaman wang yang sah dan akan memberikan kad nama dengan jawatan seperti penasihat jualan atau kewangan.
3
Mereka akan mengumpan anda dengan tawaran yang indah khabar dari rupa supaya anda tergerak hati untuk membuat keputusan dengan cepat.
4
Apabila anda terpedaya dengan tawaran tersebut, scammer akan meminta dokumen peribadi anda dengan alasan untuk ‘memproses’ pembiayaan tersebut dan memperdaya anda untuk mendedahkan butiran perbankan anda.
5
Mereka juga akan meminta supaya pembayaran pendahuluan (e.g. deposit pendahuluan, yuran, dll.) dibuat kepada akaun individu
Cara Pertahankan Diri
Berikut adalah langkah-langkah untuk kekal selamat.
Jika anda memerlukan bantuan kewangan, anda boleh rujuk kepada badan-badan rasmi seperti bank dan institusi kewangan.
Sekiranya terdapat permintaan untuk memindahkan wang ke akaun individu/syarikat yang tidak dikenali dengan alasan untuk mendapatkan pinjaman, laporkan perkara ini dengan segera.
Jangan dedahkan maklumat sensitif dan sulit kepada mana-mana individu atau syarikat yang mendakwa sebagai lantikan pihak ketiga atau ejen kepada institusi kewangan.